Hey ho peeps! Pejam celik,pejam celik dah mau habis bulan Februari... which means that tak lama lagi result SPM dah mau sampai... Nervous2, but ive to stay my composure... Tahan saja!
sekarang ni nak sangat cerita mengenai tajuk ni, "Orang Ketiga".... sebenarnya banyak maksud ni, perampas perempuan, pemusnah hubungan, orang ketiga, tak cukup betina dan banyak lagi ayat2 yg memang memusnahkan jiwa Bahasa Melayu... memang dalam setiap hubungan ada jugak lelaki kah, perempuan kah yang memang gatal sangat nak kacau hubungan orang... Dan sebenarnya, saya pernah dikacau hubungan oleh orang ketiga, malah jadi si pengacau a.k.a. orang ketiga pun ada... Ttp yang si orang ketiga pun tak jugak saya sedar.
yang saya si orang ketiga pun memang truly saya giler tak sedar... First2 saya memang rapat ngan si F ni, sbab dia memang junior saya. Kira macam teman tapi mesra lah. Pada masa yang sama lak, hubungan si F dengan teman lelaki dia ni memang tergantung habis, semua sekolah tau pasal tu. Tambahan lagi si F ni pun agak cun jugak, dan saya jadi tempat dia melepaskan kesedihan dia lagi memandangkan saya Presiden PRS kat sekolah tahun 2012... tetapi apabila sekolah nampak kami dua, semacam kami dua ni kapel, padahal say dengan sekeras-kerasnya menafikan psal tu. ok, mungkin saya agak tertarik dengan dia, tetapi tidak cukup untuk mengatakan yang saya suka dia. Percayalah...
tanpa diundang, tak ketu pintu tiba2 teman lelaki dia datang rempuh masa rehat, intimidate me suruh saya untuk jauhkan diri daripada si F ni... Saya nasihatkan dia untuk buang ego tu klau nak dia, tetapi dia macam nak beri buku lima kat saya, then tarik balik buku lima tu. Nasib masa tu geng2 pengawas dan PRS pun ada dengan saya masa tu.. Kalau tidak, lebam biji mata saya nih!
tanpa semena-mena, waktu petang dua hari seterusnya dapa mesej daripada si F ni nak jumpa ngan saya kat perpustakaan sekolah. then saya jawab ok jer... Jumpa ngan dia kat perpustakaan, dia tiba2 confess kat saya yang dia memang betul2 sukakan saya... OMG!!! Mungkin sebab saya hensem depan dia, atau saya memang memahami dia, saya tak tau, tetapi memang saya sukakan dia, hanya sekadar sebagai seorang kawan sahaja... sekadar senior-junior saja... Lepas saya kata camtu, dia terus mendiamkan diri dan saya berlalu pergi... Apabila saya melangkah pergi, dengar bunyi tangisan daripada dia tu. Luluh hati saya, tetapi camner nak buat... hati saya sudah terikat dengan Miss That-Special-Someone tu... and ive vow to myself not to pursue with random girls, except her...
Patutlah teman lelaki dia ngegeh kasi warning, pstu si F ni hepi giler nak jumpa aq... Well, orang ketiga yang lansung tidak disedari dan terperangkap dalam hubungan yang rapuh dan tergantung... So whats happened next? Si F tu kini pendiam tetapi makin liar... sementara tu teman lelaki dia sekarang ialah ex dia, tetapi sekarang dia dia pulak tergila-gilakan si F nih. Dunia2... Saya? masih menunggu Ms. That-Special-Someone... XOXOD
#Ciow lok...Kerja kerja carik diut nak beli iPhone 5... ahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment