Ok, saya dah malas dgn menggunakan Bahasa Inggeris, so rata2 blogger semua orang Malaysia, pakai BM sajalah... So, let's go to the main part:
Chapter II: 'P' for Previous Moment...
Setelah kes '72 Hours of Love', sy telah jauhkan diri daripada perempuan, jauhkan diri daripada cinta selama 3 bulan... Nak kosongkan semua fikiran, yang kusut di-tidak-kusutkan, itu semua... Dan cuba untuk bukakan hati kepada orang lain yang lebih berhak untuk menerima siapa diri saya...
Easter Sunday 2010, saya sedang menunggu kawan saya nak lepak2 dulu di Plaza lepas aktiviti Easter Camp kat gereja. Dari situ, kawan saya yang sorang ni memperkenalkan junior dia. Memandangkan masa tu saya Form 3, dan dia Form 1 so ngam lah tu senior-junior.... Polly, cute, and mesmerising in her own way, dia berjaya menarik perhatian saya. Dan saya terfikir, mungkin ulang balikkah time sepertimana saya dengan Ms. That-Special-Someone dulu? Berjumpa time aktiviti gereja, pandang awek dan ZAP! Mata terlekat saja pada awek tu... Dan saya terfikir, tidak mungkin lah. No way... Tapi apabila difikirkan kembali, memang hampir serupa kedua-dua situasi...
Balik semula kepada cerita tadi, kebetulan kami ambik trip bas yang sama... Dan kami duduk di tempat yang sama, sebelah-menyebelah... Time saya masih baca mana2 catatan yang saya tulis time Easter Camp tu, tiba2 kepala dia tersandar kat bahu saya masa dia tengah tidur. Yalah kan, letih sangat, so saya fahamlah keadaan tu. Malah saya biarkan saja dia tidur dengan kepala masih tersandar kat bahu saya sampai saya smpai ke rumah kesayanganku ini... Chewah!
One week later, dia sering jumpa dengan saya, tepuk belakang saya tlampau kuat tahap Godzilla sambil menjerit nama saya. Ada jugak pasal homework yang lansung dia tak faham, dia tanya saya, malah belanja saya pun dia ada... Dan satu benda yang kami memang in common ialah CHELSEA FC! Bola kami layan, Chelsea kami cakap... Non-stop! Dia asrama, so saya jadi sumber utama dia untuk berita2 terkini bola... Such the passion...
Masuk pertengahan bulan Julai, saya terima pelbagai khabar angina, rata2 semua kata yang saya dan Polly nih hangat bercinta. Mula2 memang saya menolak keras dakwaan tu... Next day, dah merah muka kalau orang cakap macam tu, malah pandang muka sesame sendiri pun dah merah2 macam delima. Next day, sudah angguk2... Malas mau kata. Padahal dalam hati sudah suka sama suka... Sampailah time bila dia menghantar satu surat (malangnya, saya sudah hilangkan surat dia... :c ) kata yang dia memang2 dah sukakan saya. Habis satu tingkatan 3 2010 kecoh pasal tu! Saya pun beritau yang saya mempunyai perasaan yang sama terhadap dia. So saya luahkan kesemuanya. Pieces by pieces... Malah saya sempat nyanyikan lagu 'Sempurna' kat dia... Sebab lagu tu saja yang saya dapat fikirkan pada masa tu.
Dan dengan itu, bermulalah sebuah kisah cinta 'malu2 kucing' antara kami dua ni... Kadang2 lyan sesama sendiri, kadang2 tak layan. Bukan mau kata ego lah, tetapi malu bah depan kawan2... Mereka pun buat mata sepet sambil tersengih-sengih tengok kami dua... Doih...! But still, kadang2 kami balas surat, hantar hadiah, malah dia juga encourage saya untuk belajar sungguh2... Perkataan Gambatte selalu saja dia ungkapkan pada saya... Sampai PMR saya dapat 6A 1B gara2 sokongan dia kat saya... Terlampaulah hepi over the moon saya nih... Dialah antara first five yang tau result saya time tu, dan dia pun tumpang gembira sangat2...
But in every stories comes a bad part... Selepas saya memperoleh 6A masa PMR lepas, banyak sangat junior saya yang masa tu akan menghadapi exam PMR minta tunjuk ajar saya. Dan apabila saya kata mintak tunjuk ajar, saya maksudkan yang mereka pun cuba untuk menarik perhatian saya. Polly masa tu tau yang dia menghadapi banyak sangat saingan daripada perempuan lain, gara2 saya... Doih...! Pening kepala saya. And the worst part is saya tidak berapa luangkan masa dengan dia kerana terlampau busy dengan membuat kelas, buat nih, buat itu... Malah apabila dia mintak saya ajar dia, saya dengan kata2 yang sampai sekarang masih malu kerana kata camtu: "Ala... Tu senang sangat tu. Cikgu kamu tak ajarkah? Buat sendiri. Saya lagi busy dengan benda lain..." Saya lansung tak tau dia nak minta perhatian daripada saya, dan memang sampai sekarang saya bertanya dengan diri sendiri kenapa saya sanggup kata macam tu kat dia?
21 Februari 2011, 11.38am
Satu minggu selepas Hari Valentine, saya terima satu surat daripada kawan dia... Kat depan surat tu ada satu lirik lagu... Sorry That I Love You... First2 saya lansung blurred apa yang dia maksudkan... Then saya pandang kat belakang, ada satu not kat belakang:
Darren, sorry klau sy kata camni, ttp sy rasa dah tiba
masa kita putuskan hubungan ni. Masalahnya,
saya nak focus pd pelajaran saya... I'm so sorry.
:'(
Ms. Your Angel, Polly...
And I said to myself, ini adalah alasan paling bodoh yang pernah saya dengar. Like, cuba tengok secara realiti! Dia ada teman lelaki yang pandai, merupakan antara pelajar contoh 2010-2011, dan dia nak lepaskan begitu sahaja?! That's the most stupid excuses...! Walau bagaimanapun saya tetap sabar, mungkin dia terlampau mengikut emosi, dan bagi dia ruang sedikit. Malah saya stalk apa dia buat, dan mengapa dia melakukan semua nih... And the reality is not what it seems to be...
The reality is she got someone else behind my back!
That explains.... A lot! Rupanya semasa saya terlampau sibuk dengan hal2 lain, dia menjadi terlampau cemburu dan cari orang lain untuk melepaskan kerinduan yang sepatutnya dilepaskan kat saya. Why am I so dumb???!!! And for four consecutive nights, I cried... Who cares what the hell they say about me. The reality is I cried of what she had do to me. I cried of what I do wrong to her, and damn... Morning? I lost interest in study, I lost interest in computers, malah I don't wanna see her face anymore. Kawan saya dianggap saya sebagai musuh, kerana lansung tidak memberitahu mengenai kes curang ni, dan buat kali kedua, saya merasakan satu dunia bencikan saya... Satu dunia hina saya, maki saya, dan saya rasa sorang2... Terima kasih dunia... Terima kasih kerana telah meludah saya, menendang saya, dan memaki hamun saya... Tu saja yang saya dapat katakan pada diri saya. Buat kali kedua, saya menjadi pesimistik...
Sekarang, memori hanya sebagai kenangan saja... Just a record in ur head to be played over and over again... Dan saya banyak belajar daripada hubungan ni. Mesej? Berlambak.. Malah kalau nak disebut satu per satu, saya kena buat blog baru. Tetapi saya masih menyimpan satu kotak pen dengan bulu fluffy merah jambu kat hujung dia dengan satu ayat yang ringkas: Love You With Every Single Of My Breath- Ms. Your Angel ^^ Dan saya mengeluh setiap kali itulah saya pandang...
'P' for Previous Moment, my third ex-girlfriend, and her name is Polly Urie... XOXOD
No comments:
Post a Comment