Tuesday 26 February 2013

Stalker? Freaky....

Hey3... peeps! Bloggers login and updating....

camner  korang hari ni? k? sedang kita menghampiri penghujung bulan Februari, saya lak makin nervous ngan result ni... berdebar2 rasanya. gilerlah apabila kita rasa masa memang slow sangat apabila x buat keja lansung, tetapi ada keja, cari duit, have a first taste of working experience, seems like time ticking fast... am i right?

macam biasalah, apabila saya nak masuk facebook seperti biasa, tengok account Miss That-Special-Someone dulo, then tibe2 ada mesej daripada Danielle Bon yang katanya dia menjadi perosak hubungan saya ngan Anne... memang betul2 tkejut. bukan apa, Danielle ngan saya memang dah lama berkawan selama lebih kurang 10 tahun, dan saya memang percayakan dia. saya selalu luahkan frustration saya kt dia dan dia memang pendengar yang memang baik. tetapi apabila Anne pandang kami dua, lain cerita... kmon lah, dahlah peminum, selalu gi clubbing, klau lelaki tak apa lah... ttp dah lah perempuan, anak dara, minum alkohol, clubbing, mana ngam ngan saya ni... Saya pun manalah peminum, budak clubbing, ambik dadah, apa lagi merokok... walaupun saya sekarang single, tetapi saya dah unavailable lagi, sebab saya dah target Ms That-Special-Someone...

Sorilah Anne Schenjoycci, tetapi kamu dah kena AXED! Saya yakin kamu bukan jenis perempuan yang saya cari2 selama ni... Last2 kamu stalking saya ngan Danielle Bon, kata yang kami dua kapel, saya keras2 menafikan tu. kami dua hanya kawan lama sahaja. takkan tu pun kamu susah mau faham! saya tau mungkin saya perfect depan mata kamu, tetapi percayalah, saya ni hanya lelaki biasa saja... kamu patut dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya... plz lah!

Cinta2... sukar untuk dikatakan. cinta yang sebenar memerlukan bukan saja perasaan yang memang pergh besar, tetapi memerlukan pengorbanan dan pemikiran matang untuk menilai cinta sebenar... Am i right? Love through my eyes... XOXOD

#Now Playing: James Dean And Audrey Hepburn, by Sleeping With Siren

They Say That Love Is Forever...

hey ho bloggers... ^_^

first and foremost, saya nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab sanggup datang ke blog ni... walaupun baru beberapa hari lepas, tapi ada jugak yang datang...

right now saya nak discuss pasal Cinta Selamanya... aka cinta sejati... klau bincang pasal ni, pergh, memang banyak panjang lebar boleh kata pasal cinta sejati nie... namun begitu, cinta sejati ni bukan sebarang-barang cinta, dan bukan saja perasaan yang memainkan peranan penting... walaupun skema, poyo, tetapi memang betul cinta sejati nie memerlukan pengorbanan yang pergh memang besar. Sejujurnya, bagi saya klau mereka yng bercinta sejati ni memang respect giler dan patut dibuat novel macam lagenda budak setan ke, ombak rindu ke, konfem laris... sebab epik giler cinta sejati nie. percayalah memang memerlukan pengorbanan besar, tetapi berbaloi... tu jer yang saya boleh kata... XOXOD

#Now Playing: Sleeping With Siren

Saturday 23 February 2013

Hey There Ms. That-Special-Someone...

Oh hey peeps... Blogger login and updating!

apabila saya kat dalam kereta nak balik keja, tiba2 lagu "Hey There Delilah" terus berkumandang kat radio c2... i suddenly sing along with the song, sbab lagu ni ialah lagu yang betul2 beri headshot kat minda saya... Biasalah orang bujang, sentiasa terkenang nostalgia lama ngan teman perempuan dia dulu... But that not the main topic. Right now, saya nak cakap pasal "Hey There Ms. That-Special-Someone..."

Miss That-Special-Someone, Miss Right, The Perfect Girl, Angel In My Eyes... and semua frasa yang ngam2 ngan tajuk kita ni semua pernah kita rasakan. macam bahagia saja setiap kali dia ada saja... well, saya mungkin dah jumpa perempuan tu dulu, tetapi saya ni bongok sangat nak tau perempuan itukah? Bengong betu saya pada masa tu lansung tidak tahu menilai perempuan... Biasalah umur pun belum matang, pemikiran pun belum matang, pendek kata masih belum masak lagi buah pemikiran ni... gara2 ego nak mampus, habis awek tu blah dari hidup saya... last2 keluar air mata kelelakian, tapi nak buat macam mana, kan? nak sedih sampai air mata darah pun mana dia mau lagi sbab sekali peluang dia beri, sekali itu lah... mana dia mau bagi lagi...

Sekarang ni, saya cuma mampu berharap dan berdoa agar dia kembali ngan saya... Seriously, klau saya kena tunggu lama pun supaya dia kembali kat saya, sanggup saya... klau memang dia tidak ditakdirkan dengan saya, harap saya dapat awek yang jauh lebih baik daripada dia... itu sahaja yang saya nak... How i wished it would be like this... 

tapi saya percaya bahawa Tuhan itu Maha-Pemurah, dan dia tahu bahawa saya ni memang agak desperate nak cari awek, so tunggu jak lah keputusan daripada Dia nak dengan Ms That-Special-Someone atau dengan orang lain... Stop and stare jak lah... XOXOD

#Now playing: Hey There Delilah...

Friday 22 February 2013

Orang Ketiga? Third Party?! What?!

Hey ho peeps! Pejam celik,pejam celik dah mau habis bulan Februari... which means that tak lama lagi result SPM dah mau sampai... Nervous2, but ive to stay my composure... Tahan saja!

sekarang ni nak sangat cerita mengenai tajuk ni, "Orang Ketiga".... sebenarnya banyak maksud ni, perampas perempuan, pemusnah hubungan, orang ketiga, tak cukup betina dan banyak lagi ayat2 yg memang memusnahkan jiwa Bahasa Melayu... memang dalam setiap hubungan ada jugak lelaki kah, perempuan kah yang memang gatal sangat nak kacau hubungan orang... Dan sebenarnya, saya pernah dikacau hubungan oleh orang ketiga, malah jadi si pengacau a.k.a. orang ketiga pun ada... Ttp yang si orang ketiga pun tak jugak saya sedar.

yang saya si orang ketiga pun memang truly saya giler tak sedar... First2 saya memang rapat ngan si F ni, sbab dia memang junior saya. Kira macam teman tapi mesra lah. Pada masa yang sama lak, hubungan si F dengan teman lelaki dia ni memang tergantung habis, semua sekolah tau pasal tu. Tambahan lagi si F ni pun agak cun jugak, dan saya jadi tempat dia melepaskan kesedihan dia lagi memandangkan saya Presiden PRS kat sekolah tahun 2012... tetapi apabila sekolah nampak kami dua, semacam kami dua ni kapel, padahal say dengan sekeras-kerasnya menafikan psal tu. ok, mungkin saya agak tertarik dengan dia, tetapi tidak cukup untuk mengatakan yang saya suka dia. Percayalah...

tanpa diundang, tak ketu pintu tiba2 teman lelaki dia datang rempuh masa rehat, intimidate me suruh saya untuk jauhkan diri daripada si F ni... Saya nasihatkan dia untuk buang ego tu klau nak dia, tetapi dia macam nak beri buku lima kat saya, then tarik balik buku lima tu. Nasib masa tu geng2 pengawas dan PRS pun ada dengan saya masa tu.. Kalau tidak, lebam biji mata saya nih!

tanpa semena-mena, waktu petang dua hari seterusnya dapa mesej daripada si F ni nak jumpa ngan saya kat perpustakaan sekolah. then saya jawab ok jer... Jumpa ngan dia kat perpustakaan, dia tiba2 confess kat saya yang dia memang betul2 sukakan saya... OMG!!! Mungkin sebab saya hensem depan dia, atau saya memang memahami dia, saya tak tau, tetapi memang saya sukakan dia, hanya sekadar sebagai seorang kawan sahaja... sekadar senior-junior saja... Lepas saya kata camtu, dia terus mendiamkan diri dan saya berlalu pergi... Apabila saya melangkah pergi, dengar bunyi tangisan daripada dia tu. Luluh hati saya, tetapi camner nak buat... hati saya sudah terikat dengan Miss That-Special-Someone tu... and ive vow to myself not to pursue with random girls, except her...

Patutlah teman lelaki dia ngegeh kasi warning, pstu si F ni hepi giler nak jumpa aq... Well, orang ketiga yang lansung tidak disedari dan terperangkap dalam hubungan yang rapuh dan tergantung... So whats happened next? Si F tu kini pendiam tetapi makin liar... sementara tu teman lelaki dia sekarang ialah ex dia, tetapi sekarang dia dia pulak tergila-gilakan si F nih. Dunia2... Saya? masih menunggu Ms. That-Special-Someone... XOXOD

#Ciow lok...Kerja kerja carik diut nak beli iPhone 5... ahahaha

Thursday 21 February 2013

Bruno Mars and Me...

HEY PEEPS! GOOD NEWS! I'M GONNA UPDATE MY POST ONCE EVERY ONE TWO DAYS!

Lets talk about Bruno mars shall we? Bruno Mars... A passionate singer, Grammy Award winner, and gain worldwide popularity more than everyone expected... Bruno Mars and Me? lets just say that his song have direct link toward my life... Start from the word "Grenade", it describe my life when i give just anything for my girl... but sad to say that she just throw that away... :'(

Start from there, his song seems describe my life... Every word, every lyric, every melody describe it all... One song that so strong is the song "When I Was Your Man" just killing my emotional, that i have to endure a few drops of tears whenever it hear that song... yeah, its true that ones ego and selfishness make a strong girl walk away from one's life... And i am that 'One' the one who grew so ego, so selfish that i had make that one special girl walk away, and now only wish that i'll go in front of her and apologize of what i've done towards her... If only i could...

Young Girl? easy to say that she's that young girl... Messing my head, crazy, wild but it seems like what she's done had made me grow loving her more... How sweet...

Bruno, if u hear this... just wanna say that i appreciate ur work.. True masterpiece that what u've created and touch many lives... Thx so much! :')

p.s: ive been collecting my money to buy his new album... Support Team Bruno Mars! XOXOD

Wednesday 20 February 2013

Rated 18



officially 18, and start my 18-year-old life with Hanzel And Gretel: Witch Hunter In 3D... Yeah man! XOXOD
#LoveMyLife

That Special Someone

Oh hey there, peeps.... Enjoy it? yeap! new blog, new profile, new me...


Valentine season dah lama berlalu, tetapi ada jugak org tanya, "Darren, why ure still single? Dont u have any girlfriend?" Well, to answer that question might be a little confusing, sebab saya tengah menunggu Ms. That Special Someone... That's right: Ms.That-Special-Someone...


Well actually, saya tengah menunggu si awek ni actually... i know it sounds so stupid dengan reputasi dia sebagai seorang playgirl, tambah lagi dia pernah kapel ngan sy ttp break di tengah jalan, but i sincerely know there's something good inside her, and i wanna be that someone who can make her realised that what she's done is not the right thing, changing her, and be that girl ive once know... Seriously? yeah... seriously yeah... Dia pernah meremukkan hati saya, ttp itu semua buat sy lagi tekad untuk mengubah perangai Miss That-Special-Someone... Well, klau dia baca ni emmm..., i dont have any plan for that...

And then... guts came in...  saya msj dia simple n ringkas, n suddenly dia reply! Only God knows how happy i am when i saw her reply, and we chat on and on and on, but i kept my composure as her friend... her old friend... Knows that saya setia dan saya tak ada girlfriend kerana bagi saya, she's that Miss That-Special-Someone...

Ok, first post ready... I'll try to keep updating my post every two days.... Peace Yo! Believe In Love! XOXOD

#Add Me On Twitter: @IAmDarrenJunior or Facebook: Darren Ignatius Fernando Junior